Monday, 4 June 2012
Awet muda bukanlah awek muda.
Sekali lagi, aku malas menghupdate blog kerana kesibukan peperiksaan. Berabuk juga la kan blog neh. haha. Tapi takpe, aku terjumpa benda neh so aku kongsikan. Aku pun tengah cuba nk amalkan. Tak dapat semua, sikit2 jadilahhh. Korang try la. InsyaAllah berkesan :D
Awet muda dalam Islam :
1)Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.
2)Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
3)Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
4)Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
5)Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
6)Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
7)Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
8)Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
9)Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
10)Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
11)Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
12)Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
13)Amalkan solat tahajud.
14)Sentiasa tenang dan bersikap positif.
15)Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
16)Maafkan semua orang sebelum tidur.
Renung2kan dan selamat beramal! Jangan terkejut la kalau tengok anda kelihatan lebih muda nanti selepas mengamalkan amalan2 neh. Hehe
Thursday, 3 May 2012
Aktiviti di hujung minggu.
Mood malas menaip. So, aku upload je la sedikit pics. This is what I've done last weekend.
Sabtu, 28 April 2012.
BERSIH 3.0
A.Samad Said
Foreigner pun ade sokong Bersih.
Ahad 29 April 2012.
And this is what I'm waiting for! Setelah sekian lama. Akhirnya.
AVENGED SEVENFOLD LIVE IN MALAYSIA \m/
Datang berdua bersama roomie, tapi jumpa ramai kawan-2 lama disana.
Diorang bawak 11 lagu in duration about 2 hours. Tak puas! haha
Opening band is Love Me Butch.
The tix
Concert stage from Sunway Mall
Kalau Bersih lautan kuning, Avenged lautah hitam. RAWR!
Semangat masuk awal. tehee
Pergerakan laju
Just after the concert. On the way keluar. Exhausted giler time neh.
Suara pun dan taknak keluar. HAHA.
Damn, i'm gonna miss this thing!
See you again Avenged, adios!
See you again Avenged, adios!
Saturday, 21 April 2012
Pendidikan percuma, adakah sekadar mimpi ?
Seorang rakan mengesyorkan aku tengok video neh. Walaupun internet slow, tapi aku gagahkan juga bangun awal pagi untuk tengok vidoe neh. Sebab time tu internet laju. HAHA.
Aku bukanlah nak menghasut atau menyuruh korang membenci atau menyokong mana2 parti politik. Tapi sekadar berkongsi ape yang aku rasa perlu. Walaupun agak lama, but i think this video is worth to watch.
*Blog ni bukan blog politik. Maaf kalau korang tak suka ape yang aku post neh. Ape pendapat korang ?
p/s : tengok video sampai habis sebelum bagi conclusion.

Anwar Ibrahim : Pendidikan percuma, adakah sekadar mimpi ?
*Blog ni bukan blog politik. Maaf kalau korang tak suka ape yang aku post neh. Ape pendapat korang ?
p/s : tengok video sampai habis sebelum bagi conclusion.
Sunday, 15 April 2012
Hapus PTPTN vs Pendidikan percuma
Salam,
Disebabkan ramai kawan-2 mahasiswa dan siswi aku bercerita pasal pemansuhan ptptn. Aku nak bagi pendapat aku la pasal benda neh.
Aku rasa term 'hapus ptptn' patut ditukar kepada 'memberi pendidikan percuma'. Sebab kebanyakan pelajar menggunakan ptptn untuk perbelanjaan harian, tukar phone baru, membeli barangan mahal dll. Hanya sebilangan kecil je yang digunakan utk membayar yuran pengajian @ membeli keperluan pembelajaran. So aku rasa, nak hapuskan pinjaman tu tak boleh la. Sebab ramai jugak student yang memerlukan pinjaman neh utk perbelanjaan harian. Tak semua parents mampu untuk menampung perbelanjaan untuk seorang pelajar. Kalau diploma tu 3 tahun, sambung degree lagi 4 tahun. Master lagi ? wow, banyak belanja tu. Kesian pada yang tak mampu. Tu kalau anak sorang, kalau 5 orang anak yang sambung further study ? Lagipun kesian la pelajar ni nanti, tak boleh la mkn mcD selalu, tengok wayang, nak ikut trend pakaian dan gadget semasa lagi. whoops! HAHA
Apa yang gov boleh buat adalah mengurangkan beban pelajar contohnya adalah memberi pendidikan percuma. or dalam kata lain, goverment bayar yuran pengajian. Banyak lagi cara lain utk membantu pelajar seperti voucher buku tu. Gov jugak kena kaji semula interest ptptn yang tinggi tu.
Dan ramai org ckp jangan bagi pendidikan percuma sebab nanti students tak appreciate. As we know, people rarely appreciate free things. But kita ade peraturan yang membolehkan pelajar dibuang jika keputusan tak memuaskan kan ? time ni la kita guna. Orang da taknak belajar. Kita hold buat ape ? kick je laa. Haa
This just my opinion, you might have your own. So, share it.

*Negara akan bankrupt kalau hapus ptptn. tapi negara juga akan lingkup kalau banyak sgt corrupt! peace yo.
*Hapus pun ok gak. Sebab aku adalah salah seorang peminjam. HAHA
Saturday, 7 April 2012
Syukur
Syukur.
Satu perkataan yang ringkas dan mudah. Tapi selalu kita lupa.
Kadang-kala kita terla perlu sibuk mengejar kejayaan di dunia sehingga kita lupa pada yang Maha Esa.
Kita lupa sebab kita ade di dunia yang sementara neh. Untuk menjadi khalifahnya.
Kita lupa banyak sangat nikmat yang kita terima. Semuanya diberi percuma, nikmat mendengar, makan, minum, bercakap, melihat, HIDUP dan banyak lagi.
Satu malam pn belum tentu habis kalau aku nk list semua nikmat Allah ni. Banyak sangat Ya Allah.
Nikmat ni diberi percuma je tanpa apa-apa bayaran.
Cuba bayangkan kalau kita perlu membayar untuk nikmat-nikmat ni semua, Tony Fernandes pn bole bankrap duhh. Hehe.
So, jangan la pernah lupa untuk bersyukur dgn rezeki yang kita ada neh.
Tak susah pn, jangan tinggalkan perintahNya, tunaikan tanggungjawab dengan jujur, bantu orang yang susah, bersedekah, dll.
Ok enough for this post. Just sedikit peringatan untuk aku sendiri dan rakan2 sekalian. Almaklumlah kita ni kan makhluk yang pelupa. Haa. Salam
New Addiction
Suddenly I listened to this song on radio. I love it. The video, singers, and the lyric.
This is the lyric. Its quite true. :)
Gotye
"Somebody That I Used To Know"
(feat. Kimbra)
(feat. Kimbra)
[Gotye:]
Now and then I think of when we were together
Like when you said you felt so happy you could die
Told myself that you were right for me
But felt so lonely in your company
But that was love and it's an ache I still remember
You can get addicted to a certain kind of sadness
Like resignation to the end, always the end
So when we found that we could not make sense
Well you said that we would still be friends
But I'll admit that I was glad it was over
But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened and that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger and I feel so rough
No you didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records and then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know
Now you're just somebody that I used to know
Now you're just somebody that I used to know
[Kimbra:]
Now and then I think of all the times you screwed me over
Part of me believing it was always something that I'd done
But I don't wanna live that way
Reading into every word you say
You said that you could let it go
And I wouldn't catch you hung up on somebody that you used to know
[Gotye:]
But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened and that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger and I feel so rough
And you didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records and then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know
[x2]
Somebody
(I used to know)
Somebody
(Now you're just somebody that I used to know)
(I used to know)
(That I used to know)
(I used to know)
Somebody
this song also covered by Walk Off The Earth just with one guitar. Niceee. Here
Wednesday, 21 March 2012
Antara airmata dan tawa.
20 march : Pergi melawat ayah kepada classmate meninggal. Kesian, mengejut. Alfatihah untuk arwah. :( Bukhari Muslim, tabahlah meneruskan kehidupan. Tanggungjawab kau bertambah. Kau mungkin seorang pelajar, tapi kau kena juga menjaga kebajikan ibu dan adik kau. Hari tu mungkin hari kau, mungkin lepas ni aku, dia atau beliau. Hanya Tuhan yang mengetahui. Ajal dan maut ketentuannya. Tak pernah dicepatkan atau dilewatkan walau sesaat pun. Siap sediakanlah diri kita untuk hari tu. InsyaAllah.
21 march : My birthday. ye hari jadi, eh hari lahir. Aku jadi 9 bulan 10 hari sebelum tu kot* Lol. Yang ke 20 tau! tolonglah percaya. Haha. Tiada apa yang nak di ceritakan pun, dan tiada apa-2 yang menarik pun. Busy dengan test je aku minggu neh. Aku pun tak pasti, perlu ke aku bergembira dikala hari lahir. Lagi-2 setelah classmate aku kehilangan ayah tersayang. Dan ini yang aku dapat gambarkan untuk hari lahirku,
Nombor semakin meningkat, umur semakin singkat, mati semakin dekat, tiada suka hanya syukur masih diberi masa untuk bertaubat.
Alhamdulillah. Tak perlu hadiah, cukuplah dengan mendoakan kebahagiaan aku di dunia dan akhirat! Salam.
p/s : Terima kasih kepada rakan-2, sedara-2 dan strangers yang wish birthday aku. Terima kasih diatas doa kalian. Hanya Tuhan dapat membalasnya.
Monday, 12 March 2012
Wasiat Hasan Al Banna
Salam, post kali ni aku nak berkongsi sedikit ilmu tentang 10 wasiat Hasan Al Banna kepada semua hamba Allah di muka bumi neh. Seperti yang korang sedia maklum, Hasan Al Banna ni orang alim ulama', orang yang menubuhkan Ihwanul Muslimin, dan pendakwah terkenal. ni haa wasiat dia kepada kita semua :
1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan
sekalipun.
2. Bacalah al-Quran, buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah (standard) kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam semua urusan.
5. Janganlah terlalu banyak ketawa kerana takut ia melalaikan.
6. Janganlah banyak bergurau.
7. Janganlah bercakap keras daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana khuatir ia menyakiti hati orang lain.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenalkenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa
dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
Ingatan utk diri sendiri dan rakan-2. Sama-samalah kita berusaha untuk merealisasikan wasiat-2 neh. Insya4JJ1 hidup kita akan diberkatinya. haa
Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian. Melainkan, yang beriman dan beramal soleh. :)

Monday, 5 March 2012
Biskut Hup Seng
Kejadian neh berlaku beberapa hari lepas. Nak tergelak pun ade setiap kali aku teringat peristiwa neh.
Tempat Kejadian : Koperasi U.... Haha
Situasi : Dua orang awek berdiri (mestilah berdiri, takkan meniarap pulak ye tak ?) di depan kawasan biskut-biskutan.
Dialog seperti yang aku dengar,
Lantas gadis A&B berlalu setalah mengambil biskut sambil tersenyum-2 kemaluan. LOL
Tempat Kejadian : Koperasi U.... Haha
Situasi : Dua orang awek berdiri (mestilah berdiri, takkan meniarap pulak ye tak ?) di depan kawasan biskut-biskutan.
Dialog seperti yang aku dengar,
Gadis A (bukan nama sebenar) : Aku nak beli biskut la, nak makan dgn Nutella.
Gadis B (bukan nama sebenar juga la hendaknya) : Beli la biskut Hup Seng yang petak tu. Aku suka.
Gadis A : Yang ni ke ? sambil menunjukkan biskut kearah biskut Hup Seng yang dimaksudkan*
Gadis B : Bukanlah. Cakap dgn muka yakin*
Gadis A : Ni lah diee. Sambil menunjukkan kearah biskut tu lagi*
Gadis B : Bukan, ni bulat. Nak yang petakk. Sambil menunjuk kepada gambar depan biskut yang menunjukkan gambar bulat-2*
Gadis A : Yang ni lahh. Gambar je bulat, biskutnya petak. Tersenyum* :D
Gadis B : Erkkkk, oo yeke ? Kenapa gambar die bulat. Tipu betullah. (ayat coverline) Muka tersipu-sipu malu.*

Aku : cuba menahan gelak, tapi tak bisa dong... HAHAHAHAHA. Sorry
Lantas gadis A&B berlalu setalah mengambil biskut sambil tersenyum-2 kemaluan. LOL
Inilah biskut yang dimaksudkan tu. HAHA
Dialog mungkin diubah sedikit berdasarkan kefahaman aku*
P/s : 70% iklan adalah menipu. #fakta
P/s : 70% iklan adalah menipu. #fakta
Wednesday, 29 February 2012
The Beginning Of Everything
the beginning of everything insyaAllah. blog ni blog aku yang ke berapa ntah sbb aku da byk kali create blog. haha. harap2lah yang ni kekal abadi. cewahh. this is where i'll share whatever i want, it might be advices, informations, knowledges etc. you like it then i said thank you, you don't, who's care. ouh, tatabahasa dan penggunaan bahasa aku tidak digalakkan utk ditiru terutama dalam ujian pemahaman bahasa malaysia kerana aku menaip berdasarkan mood bukannya buku teks. sekian, terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)