Salam, post kali ni aku nak berkongsi sedikit ilmu tentang 10 wasiat Hasan Al Banna kepada semua hamba Allah di muka bumi neh. Seperti yang korang sedia maklum, Hasan Al Banna ni orang alim ulama', orang yang menubuhkan Ihwanul Muslimin, dan pendakwah terkenal. ni haa wasiat dia kepada kita semua :
1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan
sekalipun.
2. Bacalah al-Quran, buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah (standard) kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam semua urusan.
5. Janganlah terlalu banyak ketawa kerana takut ia melalaikan.
6. Janganlah banyak bergurau.
7. Janganlah bercakap keras daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana khuatir ia menyakiti hati orang lain.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenalkenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa
dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
Ingatan utk diri sendiri dan rakan-2. Sama-samalah kita berusaha untuk merealisasikan wasiat-2 neh. Insya4JJ1 hidup kita akan diberkatinya. haa
Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian. Melainkan, yang beriman dan beramal soleh. :)
No comments:
Post a Comment