Sunday, 15 April 2012

Hapus PTPTN vs Pendidikan percuma

Salam,


Disebabkan ramai kawan-2 mahasiswa dan siswi aku bercerita pasal pemansuhan ptptn. Aku nak bagi pendapat aku la pasal benda neh. 

Aku rasa term 'hapus ptptn' patut ditukar kepada 'memberi pendidikan percuma'. Sebab kebanyakan pelajar menggunakan ptptn untuk perbelanjaan harian, tukar phone baru, membeli barangan mahal dll. Hanya sebilangan kecil je yang digunakan utk membayar yuran pengajian @ membeli keperluan pembelajaran. So aku rasa, nak hapuskan pinjaman tu tak boleh la. Sebab ramai jugak student yang memerlukan pinjaman neh utk perbelanjaan harian. Tak semua parents mampu untuk menampung perbelanjaan untuk seorang pelajar. Kalau diploma tu 3 tahun, sambung degree lagi 4 tahun. Master lagi ? wow, banyak belanja tu. Kesian pada yang tak mampu. Tu kalau anak sorang, kalau 5 orang anak yang sambung further study ? Lagipun kesian la pelajar ni nanti, tak boleh la mkn mcD selalu, tengok wayang, nak ikut trend pakaian dan gadget semasa lagi. whoops! HAHA

Apa yang gov boleh buat adalah mengurangkan beban pelajar contohnya adalah memberi pendidikan percuma. or dalam kata lain, goverment bayar yuran pengajian. Banyak lagi cara lain utk membantu pelajar seperti voucher buku tu. Gov jugak kena kaji semula interest ptptn yang tinggi tu. 


Dan ramai org ckp jangan bagi pendidikan percuma sebab nanti students tak appreciate. As we know, people rarely appreciate free things. But kita ade peraturan yang membolehkan pelajar dibuang jika keputusan tak memuaskan kan ? time ni la kita guna. Orang da taknak belajar. Kita hold buat ape ? kick je laa. Haa

This just my opinion, you might have your own. So, share it.



*Negara akan bankrupt kalau hapus ptptn. tapi negara juga akan lingkup kalau banyak sgt corrupt! peace yo.

*Hapus pun ok gak. Sebab aku adalah salah seorang peminjam. HAHA



No comments:

Post a Comment

Twitter Bird Gadget