Wednesday, 21 March 2012

Antara airmata dan tawa.

20 march : Pergi melawat ayah kepada classmate meninggal. Kesian, mengejut. Alfatihah untuk arwah. :( Bukhari Muslim, tabahlah meneruskan kehidupan. Tanggungjawab kau bertambah. Kau mungkin seorang pelajar, tapi kau kena juga menjaga kebajikan ibu dan adik kau. Hari tu mungkin hari kau, mungkin lepas ni aku, dia atau beliau. Hanya Tuhan yang mengetahui. Ajal dan maut ketentuannya. Tak pernah dicepatkan atau dilewatkan walau sesaat pun. Siap sediakanlah diri kita untuk hari tu. InsyaAllah. 

21 march : My birthday. ye hari jadi, eh hari lahir. Aku jadi 9 bulan 10 hari sebelum tu kot* Lol. Yang ke 20 tau! tolonglah percaya. Haha. Tiada apa yang nak di ceritakan pun, dan tiada apa-2 yang menarik pun. Busy dengan test je aku minggu neh. Aku pun tak pasti, perlu ke aku bergembira dikala hari lahir. Lagi-2 setelah classmate aku kehilangan ayah tersayang. Dan ini yang aku dapat gambarkan untuk hari lahirku,

Nombor semakin meningkat, umur semakin singkat, mati semakin dekat, tiada suka hanya syukur masih diberi masa untuk bertaubat. 

Alhamdulillah. Tak perlu hadiah, cukuplah dengan mendoakan kebahagiaan aku di dunia dan akhirat! Salam.

p/s : Terima kasih kepada rakan-2, sedara-2 dan strangers yang wish birthday aku. Terima kasih diatas doa kalian. Hanya Tuhan dapat membalasnya.

Monday, 12 March 2012

Wasiat Hasan Al Banna

Salam, post kali ni aku nak berkongsi sedikit ilmu tentang 10 wasiat Hasan Al Banna kepada semua hamba Allah di muka bumi neh. Seperti yang korang sedia maklum, Hasan Al Banna ni orang alim ulama', orang yang menubuhkan Ihwanul Muslimin, dan pendakwah terkenal. ni haa wasiat dia kepada kita semua :


1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan
sekalipun.
2. Bacalah al-Quran, buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah (standard) kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam semua urusan.
5. Janganlah terlalu banyak ketawa kerana takut ia melalaikan.
6. Janganlah banyak bergurau.
7. Janganlah bercakap keras daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana khuatir ia menyakiti hati orang lain.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenalkenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa
dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.


Ingatan utk diri sendiri dan rakan-2. Sama-samalah kita berusaha untuk merealisasikan wasiat-2 neh. Insya4JJ1 hidup kita akan diberkatinya. haa


Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian. Melainkan, yang beriman dan beramal soleh. :)

Monday, 5 March 2012

Biskut Hup Seng

Kejadian neh berlaku beberapa hari lepas. Nak tergelak pun ade setiap kali aku teringat peristiwa neh.


Tempat Kejadian : Koperasi U.... Haha
Situasi : Dua orang awek berdiri (mestilah berdiri, takkan meniarap pulak ye tak ?) di depan kawasan biskut-biskutan.


Dialog seperti yang aku dengar,


Gadis A (bukan nama sebenar) : Aku nak beli biskut la, nak makan dgn Nutella.
Gadis B (bukan nama sebenar juga la hendaknya) : Beli la biskut Hup Seng yang petak tu. Aku suka.
Gadis A : Yang ni ke ? sambil menunjukkan biskut kearah biskut Hup Seng yang dimaksudkan*
Gadis B : Bukanlah. Cakap dgn muka yakin*
Gadis A : Ni lah diee. Sambil menunjukkan kearah biskut tu lagi*
Gadis B : Bukan, ni bulat. Nak yang petakk. Sambil menunjuk kepada gambar depan biskut yang menunjukkan gambar bulat-2*
Gadis A : Yang ni lahh. Gambar je bulat, biskutnya petak. Tersenyum* :D
Gadis B : Erkkkk, oo yeke ? Kenapa gambar die bulat. Tipu betullah. (ayat coverline) Muka tersipu-sipu malu.*
Aku : cuba menahan gelak, tapi tak bisa dong... HAHAHAHAHA. Sorry


Lantas gadis A&B berlalu setalah mengambil biskut sambil tersenyum-2 kemaluan. LOL


Inilah biskut yang dimaksudkan tu. HAHA

Dialog mungkin diubah sedikit berdasarkan kefahaman aku*


P/s : 70% iklan adalah menipu. #fakta
Twitter Bird Gadget